Wednesday, April 22, 2015

Polisentri

POLISENTRI


Polisentri merupakan senjenis permainan berbentuk kejar mengejar. Kumpulan Polis akan mengejar dan menankap kumpulan pencuri untuk mengejar ke dalam jel. Sementara itu kumpulan pencuri pula berusaha mengelakkan diri daripada ditangkap. Suatu tempat tertentu akan dipilih di kawasan permainan dan dijadikan sebagai jel, iaitu tempat menahan pencuri-pencuri yang telah ditangkap. Halaman rumah merupakan tempat yang sesuai untuk bermain ini. La sering kali dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu petang atau waktu malam terutamanya pada musim-musim perayaan.

PERALATAN

Tiada menggunak sebrang alatan.

PEMAIN 

Jumlah pemain tidak dihadkan tetapi dibahagikan dalam dua kumpulan yang sama ramai. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun.

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN

1.Permainan dimullakan dengan pembahagian kumpulan. Pemnahagian dilakukan dengan cara yang tersendiri.

2. Sebelah tangan setiap pemain hendaklah dikepal dan disusun bertindih antara satu sama lain.

3. Salah seorang pemain akan menyanyikan lagu berikut bagi menentukan kumpulan pemain-pemain.

Plosentri
Wan tuu jaga
Polis mati 
Pencuri jaga

4.Setiap patah perkataan ditunjukkan kepada satu tangan pemain. Katakan terdapat 10 orang pemain.Jika perkataan terakhir dalam lagu di atas berhenti di tangan pemain kelima , pemain berkenaan akan menjadi polios.

5.Lagu diulang semula bermula dari pemain keenam. Sekiranya lagu tamat pada pemain kedua, pemain ini menjadi pencuri pula. Nyanyian diulang seterusnya hinggalah semua pemain telah dibahagi dalam dua kumpulan.

6. Apabila kumpulan telah dibahagikan, langkah seterusnya dijalankan. Kumpulan polis akan menjadi pengejar, manakala kumpulan pencuri akan melarikan diri.

7.Ketua Kumpulan polis akan membilang dari satu hingga. Kumpulan Polis perlu menjaga

8.Pencuri yang berjaya ditangkap akan dimasukan ke dalam jel. Pencuri ini tidak boleh melarikan diri kecuali pencuri lain dapat menyentuhnya.

9. Kumpulan polis perlu menjaga jel supaya tidak berjaya diceroboh oleh mana-mana pencuri bagi menyelamatkan kawannya.

10. Kumpulan polis akan dikira sebagai pemenang sekiranya berjaya menangkap semua pencuri. Kemudian setiap ahli kumpulan bertukar tempat. Ahli kumpulan polis menjadi pencuri dan ahli kumpulan pencuri akan menjadi polis pulah.

11. permainan diulang semula sebagaimana tadi. Bagaimana pun undian kumpulan tidak perlu dilakukan lagi.

12. Permainan akan ditamatkan atas persetujuan semua pemain.

PERATUAN PERMANAN

1. Permainan boleh dimainkan dalam had kawasan tertentu sahaja. Pencuri yang keluar dari kawasan permainan dikira mati. La perlu masuk ke dalam jel.

2. Pencuri di dalam jel akan hidup semula jika berjaya disentuh oleh pencuri di luar jel .

3. Semasa menangkap pencuri polis mestilah membilang satu hingga 10. Pencuri boleh mencuba untuk melepaskan diri sebelum polis habis membilang.

4. Sebiah bulatan hendaklah dibuat sebagai jel . Jel digunakan sebagai tempat menahan pencuri yang berjaya ditangkap oleh kumpulan polis.

5. Permainan akan bertukar peranan apabila semua pencuri telah ditangkap.

6. Pemain-pemain perlulah mengikut peraturanpermainan.


SOME PHOTOS:

 

FROM THE MOVIE CATCH ME IF YOU CAN